Pautan segera

Panduan Pengguna?

Pengumuman

  • Makluman Kepada Kontraktor
    Proses Pendaftaran Kontraktor, Pengisytiharan Projek, Levi & Score secara atas talian melalui sistem Baru CIDB-CISM   More...
  • Perhatian kepada semua Kontraktor Asing :
    Adalah dimaklumkan pendaftaran ktrktr asing di sistem CIMS perlu melalui proses pra-pendaftaran. Kontraktor perlu membeli e-info syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara online menerusi sistem CIMS dengan bayaran RM15.90.   More...
  • Tempoh sah sijil SCORE akan dilanjutkan kepada 2 tahun.
  • Perolehan SCORE & MCORE yang diterima akan mendapat 15 mata CCD
  • CIDB kini telah mengambil langkah proaktif dengan menambah saluran bayaran untuk kemudahan pengguna. Kini terdapat PEMBAYARAN ONLINE menggunakan PFX dan kad kredit bagi memudahkan pengguna
  • MCORE akan diperkenalkan kepada gred G1 dengan 4 kriteria penilaian: Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal,Operasi Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan.
  • CIDB kini dalam proses untuk meningkatkan kecekapan pendaftaran Kad Pendaftaran Kontraktor. Tidak lama lagi, aplikasi Perolehan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian Pengguna.
  • CIDB kini terlibat dalam proses sistematik untuk menambahbaik dan meningkatkan lagi aplikasi pendaftaran kontraktor untuk menjadi lebih sistematik, mesra pengguna dan berintegriti tinggi.
  • Semua kontraktor diwajibkan untuk mengisytiharkan semua projek pembinaan mereka kepada CIDB secara atas talian. Tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas kontraktor yang gagal mengisytiharkan projek mereka.

PERATURAN

  • Pendaftaran kontraktor
    25 (1) "Tiada seorang pun boleh menjalankan atau menyiapkan, mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagai kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini."

                  Seksyen 25 (1). (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520))
  • Pendaftaran personel binaan
    33 (1) "Seseorang tidak boleh terlibat atau diambil atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini."

                  Seksyen 33 (1). (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520))
  • Pengenaan levi
    34 (1) "Tiap-tiap kontraktor hendaklah mengisytiharkan dan mengemukakan kepada Lembaga, mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga, apa-apa kontrak yang telah diawardkan kepadanya mengenai apa-apa kerja pembinaan."
                  (2) "Bagi tiap-tiap kontrak yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada disetemkan atau tidak, yang mempunyai jumlah kontrak yang melebihi lima ratus ribu ringgit, kontraktor                            hendaklah bertanggungan untuk membayar kepada Lembaga suatu levi pada kadar suku peratus daripada jumlah kontrak itu."

                  Seksyen 34 (1) & (2). (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520))
  • Tafsiran

    "kerja pembinaan" ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan, atau perobohan—

                             (a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah                              paras bumi;

                             (b) mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, laluan kabel, terusan atau lapangan terbang kecil;

                             (c) apa-apa kerja saliran, tali air atau kerja pengawalan sungai;

                             (d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau

                             (e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan,


                        dan termasuklah—


                        (A) apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan perlu atau sebagai persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a)                                hingga (e), termasuk pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan dan landskap tapak; atau

                        (B) pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang semestinya dikehendaki bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e);


                        Seksyen 2. (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520))

Notification

Perhatian, anda masih boleh menggunakan ID pengguna yang sedia ada. walaubagaimanapun, sila set semula kata laluan anda dengan klik 'Ada ID pengguna, dapatkan kata laluan CIMS anda'


Attention to all registered contractor, you may use your existing User name to log in, however, please get a new password by clicking the link 'Have User name, get your new CIMS password'