 | PROGRAM PEMBANGUNAN KONTRAKTOR SECARA BERTERUSAN (CCD) |
1. Permohonan Mata CCD
1.1. Sila pastikan Profil Syarikat anda telah dikemaskini dengan maklumat yang terkini sebelum membuat permohonan mata CCD.
1.2. Bagi permohonan kali pertama, no pendaftaran CCD akan diberikan dan no tersebut tetap sama bagi permohonan yang seterusnya.
1.3. Program atau kursus CCD mestilah sesuatu aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan penglibatan kontraktor dalam industri pembinaan. Program atau kursus yang dipohon mestilah berkaitan dengan industri pembinaan.
2. Pembayaran Fi Proses
2.1. Sila buat pembayaran fi proses 3 hari bekerja selepas permohonan mata CCD di buat.
2.2. Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus sahaja ) termasuk 0% G.S.T yang boleh dibayar melalui online atau di kaunter kewangan CIDB yang berhampiran.
3. Tempoh Permohonan
3.1. Penganjur daripada agensi swasta digalakan mengemukakan permohonan Mata CCD tidak lewat dari 14 hari dari tarikh hari penganjuran bagi mengelakkan permohonan tidak dapat diproses sebelum tarikh penganjuran.
3.2. Penganjur daripada agensi kerajaan digalakan mengemukakan permohonan Mata CCD tidak lewat dari 3 hari dari tarikh hari penganjuran bagi mengelakkan permohonan tidak dapat diproses sebelum tarikh penganjuran.
4. Perubahan Maklumat Kursus
4.1. Perubahan maklumat (tarikh dan lokasi) boleh dilakukan melalui sistem CMS 3 hari sebelum tarikh program dilakukan.
4.2. Penganjur hanya dibenarkan mengubah tarikh atau lokasi program / kursus CCD sebanyak satu (1) kali sahaja pada setiap permohonan.
4.3. Penangguhan program / kursus CCD hanya dibenarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh asal serta mesti di dalam tahun yang sama.
4.4. Pertukaran lokasi hanya dibenarkan di dalam negeri yang sama sahaja.
4.5. Penganjur dikehendaki memuatnaik surat pemakluman melalui sistem CMS sekiranya ada perubahan maklumat tidak lewat dari 3 hari sebelum tarikh kursus dengan maklumat berikut bagi permohonan penangguhan kursus:
4.5.1. Sebab Perubahan
4.5.2. Tarikh Baru
4.5.3. Lokasi Baru Dalam Negeri (sekiranya berubah)
5. Sijil Penyertaan / Kehadiran Peserta
5.1. Penganjur bertanggungjawab bagi mengeluarkan sijil penyertaan / kehadiran atau surat pengesahan kepada peserta yang hadir.
5.2. Sijil penyertaan / kehadiran atau surat pengesahan mesti mencatatkan dua perkara penting iaitu:
5.2.1. Jumlah mata CCD
5.2.2. Nombor kelulusan mata CCD
6. Dokumen yang Perlu Dimuatnaik Selepas Program / Kursus CCD
6.1. Penganjur dikehendaki muatnaik dokumen berikut dalam tempoh 14 hari selepas tarikh kursus / program kepada CIDB :
6.1.1. Senarai nama kehadiran peserta (dalam bentuk Excel)
6.1.2. Senarai nama kehadiran peserta beserta tandatangan (Hardcopy)
6.1.3. Satu Contoh Sijil Asal yang diberikan kepada peserta.
6.2. Contoh senarai nama kehadiran peserta boleh dimuat turun melalui sistem CMS.
6.3. Sekiranya penganjur gagal muatnaik dokumen yang berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, penganjur tidak dibenarkan untuk membuat permohonan bagi penganjuran kursus seterusnya.
7. Tanggungjawab Penganjur
7.1. Penganjur hanya boleh memaparkan jumlah mata CCD yang telah diluluskan sahaja ketika mengiklankan kursus / program. Penganjur tidak dibenarkan menggunakan logo CIDB bagi tujuan pengiklanan atau promosi kursus dalam apa jua bentuk bercetak, media dan sebagainya.
7.2. Penganjur bertanggungjawab dalam pelaksanaan segala urusan berkaitan latihan, termasuk pengiklanan program / kursus, pendaftaran peserta, caj yuran peserta, peralatan mengajar, makan dan minum, alat tulis, nota kursus, sijil penyertaan dan sebagainya.
7.3. Penganjur hendaklah memastikan setiap peserta menyertai sepenuhnya aktiviti yang telah disediakan sepanjang tempoh program / kursus CCD.
8. Hak CIDB
8.1. CIDB berhak membuat pemantauan ke atas program / kursus CCD dari semasa ke semasa seperti berikut:
8.1.1. Melawat premis latihan pada bila-bila masa pada waktu rasmi program / kursus CCD dijalankan tanpa atau dengan notis kepada penganjur.
8.1.2. Memantau pelaksanaan latihan yang dijalankan oleh penganjur agar menepati subjek / topik berkaitan dengan industri pembinaan.
8.1.3. Memeriksa kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh penganjur.
8.1.4. Menemubual peserta dan penceramah program / kursus serta mendapatkan maklum balas peserta terhadap kursus yang dijalankan.
8.1.5. Memeriksa rekod kehadiran, pengajar serta peserta yang terlibat.
8.2. CIDB mempunyai hak mutlak bagi mengkaji dan meminda syarat dan peraturan Program / Kursus CCD dari semasa ke semasa.
8.3. CIDB mempunyai kuasa untuk menolak sebarang permohonan yang tidak menepati objektif, lewat, tidak lengkap atau meragukan daripada pihak penganjur tanpa sebarang alasan.
8.4. Penganjur yang tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan berikut:
8.4.1. Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan
8.4.2. Penggantungan untuk mengemukakan permohonan mata CCD
8.4.3. Disenarai Hitam daripada untuk mengemukakan permohonan mata CCD untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.