KAJIAN KEBOLEHGUNAAN SISTEM
CIDB sedang melaksanakan satu kaji selidik penambahbaikan Modul Pendaftaran Kontraktor dalam Sistem CIMS bagi mengumpul pandangan, pengalaman pengguna serta cadangan penambahbaikan daripada pihak industri.
Maklum balas tuan/puan amat penting untuk memastikan sistem pendaftaran kekal efisien, telus dan mudah digunakan, selaras dengan keperluan semasa.
Sebagai penghargaan, peserta yang melengkapkan kaji selidik ini akan menerima 5 Mata CCD.
Sila lengkapkan kaji selidik melalui pautan berikut:
https://tinyurl.com/CIMSSurvey2025
Kerjasama tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha penambahbaikan sistem pendaftaran kontraktor negara.