PEMAKLUMAN BERKAITAN TEMPOH YANG DIBUKA UNTUK MELENGKAPKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN DAN BAYARAN SETELAH INVOIS PROFORMA DIJANA DARI MODUL PERSONEL BINAAN SISTEM CIMS CIDB (ID MAJIKAN)
PEMBATALAN AUTOMATIK PERMOHONAN PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN (ID MAJIKAN) DAN INVOIS PROFORMA DALAM SISTEM CIMS CIDB
Untuk makluman, akses ID Majikan bagi Modul Personel Binaan dengan reka bentuk dan paparan baharu akan dilancarkan pada 1 September 2026 . Akses ini meliputi urusan berikut:
- Permohonan pendaftaran baharu dan pembaharuan personel binaan tempatan serta asing;
- Kebenaran Khas Memasuki Tapak Bina.
- IMM13P; dan
- Permohonan Gantian Kad.
Sehubungan dengan itu, berkuat kuasa mulai 27 Ogos 2026, mana-mana permohonan pendaftaran personel binaan yang masih tidak lengkap atau mempunyai invois proforma yang belum dijelaskan selepas melebihi tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan dicipta akan dibatalkan secara automatik.
Pengguna disarankan untuk melengkapkan permohonan dan menjelaskan invois proforma dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan pembatalan permohonan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel kepada
upb@cidb.gov.my
Rujukan: SPA/BPKPB/UPB/PPB-Pengumuman-22082026.